loading...

SAYU : ABANG MANA ANAK KITA .. DUGAAN BERTIMPA DULU ISTERI GUGUR KINI ANAK SULUNG PULA PERGI BUAT SELAMANYA (8GAMBAR)


Kota Bharu : Berat sungguh dugaan buat pasangan suami isteri ini, anak sulung mereka maut dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaiki tiga beranak ini merempuh belakang kereta gara-gara kereta tukar haluan secara tiba-tiba.
Dalam kemalangan tersebut isteri dan suami cedera manakala anak lelaki mereka berusia 3 tahun maut akibat melambung dan tercampak impak kemalangan tersebut.
Kini isteri lelaki ini dirawat di hospital akibat kecederaan semasa kemalangan tersebut yang paling menyedihkan kan dia bertanyakan anak lelakinya di mana.
Harian metro melaporkan seorang ibu yang belum mengetahui anaknya sudah meninggal dunia akibat kemalangan semalam, bertanya di mana anaknya itu dan mahu berjumpa dengannya.





Sambil menangis, Wan Noor Haslinda Abd Rasyid, 19, berkata tidak mahu lagi hilang anak selepas keguguran beberapa bulan lalu.
“Mana anak saya? Saya mahu berjumpa dengannya. Saya belum tengok dia lagi sejak semalam.
“Dia saja harapan saya dan saya teringin sangat nak jumpanya. Saya belum jumpa dia lagi selepas kemalangan.
“Saya tidak mahu kehilangan dia. Cukuplah selepas saya alami keguguran ketika kandungan memasuki lima bulan beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, tengah hari tadi..
Wan Noor Haslinda ketika itu baru beberapa jam sedar selepas menerima rawatan akibat kecederaan serius di muka dan kepalanya kerana terbabit kemalangan di jalan Kampung Wakaf Tok Wali, Padang Kala di sini, jam 4.30 petang semalam.
Dalam kejadian itu, motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang bersama suami, Mohd Hazfiran Moh Jena, 25, dan anak mereka, Mohamad Hazrul Irfan, 3, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kubang Ikan, Jerteh, Terengganu melanggar belakang kereta Perodua Kelisa yang dipercayai mahu menukar lorong.
Akibatnya, Mohamad Hazrul Irfan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mereka cedera dan menerima rawatan di HRPZ II.
Sementara itu, Mohd Hazfiran berkata, dia perlu mencari masa sesuai untuk memaklumkan keadaan sebenar anak mereka kepada Wan Noor Haslinda kerana tidak mahu menjejaskan emosi wanita itu.
“Saya sudah reda dengan ketentuan Illahi ini dan tahu anak saya berada di sisi Allah serta menunggu kami di sana. Cuma, isteri perlu ditenangkan terlebih dulu.
“Lambat laun dia perlu tahu berita ini dan menerimanya dengan reda,” katanya yang memberitahu jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Ikan, pagi semalam. Al fatihah 
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment